Search


Selamat pagi! Breakfast ni kurangkan gula k!...

  • Share this:


Selamat pagi! Breakfast ni kurangkan gula k! 😘

Adakah kita sedar bahawa kencing manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia selain strok atau angin ahmar, jantung, kanser, darah tinggi, tibi dan barah paru-paru? Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap Diabetes Mellitus atau kencing manis.

Di Malaysia sahaja, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup. Doktor boleh melakukan ujian yang mudah untuk menilai risiko kencing manis anda. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, anda boleh mendapatkan rawatan serta membuat perubahan kepada gaya hidup anda sebelum ianya terlambat.
Jenis-jenis kencing manis

Terdapat dua jenis penyakit diabetes yang utama iaitu Kencing Manis Jenis 1 (Diabetes Type 1) dan Kencing Manis Jenis 2 (Diabetes Type 2).

Kencing Manis Jenis 1 – “Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (bergantung pada Insulin)
• Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja.
• Biasanya badan tidak dapat menghasilkan insulin.

Kencing Manis Jenis 2 – “Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (tidak bergantung pada insulin)
• Jenis yang paling biasa ditemui. Lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah dari Jenis 2.
• Biasanya dihidapi oleh orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
• Biasanya sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi.

Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin. Sebenarnya kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik.

ORIVIA 15ml

Jadi apa tunggu lagi, ubah cara hidup anda dengan menggantikan gula kepada pemanis semula jadi, ORIVIA. Mudah sahaja, gunakan ORIVIA sebagai pengganti gula anda beserta dengan packaging-nya yang mudah di bawa ke mana-mana. Yang paling penting, pemanis semula jadi ORIVIA yang berasal dari ekstrak daun Stevia ini tidak mengandungi kalori atau lebih di kenali sebagai "zero calorie". Nantikan kemunculan ORIVIA dipasaran. Stay tuned!


Tags:

About author
Hosting | Acting | Business
WELCOME TO THE OFFICIAL PAGE OF UYAINA ARSHAD!
View all posts